Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh (dikenali sebagai SMKSB) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di kawasan Asahan, Melaka dan terletak di Pekan Simpang Bekoh. Jarak dari bandara Jasin adalah sejauh 13 km.
Sekolah Menengah Simpang Bekoh telah dibuka pada 5hb Januari 1979. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan seluas 4.613466 hektar atau 11.4 ekar. Pelajar-pelajar perintisnya ialah seramai 316 orang ditempat dalam 3 kelas peralihan dan 5 kelas tingkatan 1. Bilangan tenaga pengajarnya 11 orang sahaja. Memandangkan jumlah pelajar semakin bertambah pada tahun 1978, mereka telah dibahagikan kepada dua sessi pagi dan petang.
Pada masa itu terdapat hanya sebuah bangunan iaitu bangunan Blok A sekarang. Pada tahun 1979, sebuah bangunan baru telah siap dibina bagi mengisi pertambahan bilangan pelajar-pelajar dari tahun ke setahun. Pelajar-pelajar belajar di sekolah ini datang dari 7 buah sekolah kebangsaan yang berhampiran dan 11 buah sekolah rendah jenis kebangsaan.
Pada 19hb Julai 1986, bangunan baru sekolah ini yang berharga $350 000 telah dirasmikan oleh YAB En Abdul Ghaffar Baba. Berikutnya 6 buah kelas telah juga dibina.
Kumpulan perytama pelajar-pelajar peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ialah pada tahun 1978. Seramai 227 orang calon yang berdaftar dan pencapaian kelulusan hanya57.02 peratus sahaja. Pada tahun 1981, sekolah ini memulakan kelas Tingkatan 4 Aliran Sastera.
Kumpulan pertama mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1982. Seramai 132 orang calon yang berdaftar dan pencapaian kelulusan cuma 32.85 peratus.
Kini sekolah ini mempunyai 63 orang guru dan seramai 708 orang pelajar.