.: SMK Simpang Bekoh :.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

E-mail Print PDF

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh (dikenali sebagai SMKSB) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di kawasan Asahan, Melaka dan terletak di Pekan Simpang Bekoh. Jarak dari bandara Jasin adalah sejauh 13 km.

Sekolah Menengah Simpang Bekoh telah dibuka pada 5hb Januari 1979. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan seluas 4.613466 hektar atau 11.4 ekar. Pelajar-pelajar perintisnya ialah seramai 316 orang ditempat dalam 3 kelas peralihan dan 5 kelas tingkatan 1. Bilangan tenaga pengajarnya  11 orang sahaja. Memandangkan jumlah pelajar semakin bertambah pada tahun 1978, mereka telah dibahagikan kepada dua sessi pagi dan petang.

Pada masa itu terdapat hanya sebuah bangunan iaitu bangunan Blok A sekarang. Pada tahun 1979, sebuah bangunan baru telah siap dibina bagi mengisi pertambahan bilangan pelajar-pelajar dari tahun ke setahun. Pelajar-pelajar belajar di sekolah ini datang dari 7 buah sekolah kebangsaan yang berhampiran dan 11 buah sekolah rendah jenis kebangsaan.


Pada 19hb Julai 1986, bangunan baru sekolah ini yang berharga $350 000 telah dirasmikan oleh  YAB En Abdul Ghaffar Baba. Berikutnya 6 buah kelas telah juga dibina.


Kumpulan perytama pelajar-pelajar peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ialah pada tahun 1978. Seramai 227 orang calon yang berdaftar dan pencapaian kelulusan hanya57.02 peratus sahaja. Pada tahun 1981, sekolah ini memulakan kelas Tingkatan 4 Aliran Sastera.


Kumpulan pertama mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1982. Seramai 132 orang calon yang berdaftar dan pencapaian kelulusan cuma 32.85 peratus.

Kini sekolah ini mempunyai 63 orang guru dan seramai 708 orang pelajar.

Last Updated on Saturday, 19 February 2011 11:47  

Masa Amat Berharga

Pelawat

We have 45 guests online
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini955
mod_vvisit_counterSemalam2177
mod_vvisit_counterMinggu Ini10712
mod_vvisit_counterMinggu Lepas20060
mod_vvisit_counterBulan Ini96991
mod_vvisit_counterBulan Lepas249767
mod_vvisit_counterKeseluruhan1327286

IP anda: 35.172.201.102
Hari Ini: 19 Dec 2018

Live Visitor