Dasar Ko-Kurikulum SMKSB
- Setiap murid MESTI mendaftar satu unit dalam bidang kokurikulum iaitu Kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan.
- Semua guru dan murid DIWAJIBKAN berada di sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum atau menjalankan tugasan lain pada setiap hari Rabu yang ada perjumpaan kokurikulum.
- Semua unit dalam bidang kokurikulum DILARANG membuat penggiliran tugas guru penasihat mengikut hari-hari perjumpaan.
- Semua penyertaan aktiviti luar unit dalam bidang kokurikulum HENDAKLAH di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah atau agensi-agensi luar yang ada kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Semua unit dalam bidang kokurikulum MESTI terlibat dalam semua aktiviti yang diadakan di peringkat sekolah
- Semua aktiviti kokurikulum sama ada latihan atau pertandingan peringkat sekolah MESTI dijalankan di luat waktu pengajaran dan pembelajaran.
- Semua guru penasihat bertanggungjawab mewajibkan murid menggunakan Uniform / T. Shirt semasa Badan Beruniform atau pakaian sekolah pada sebarang masa perjumpaan kelab / persatuan.
- Semua guru penasihat atau guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan pelaporan kokurikulum bagi setiap orang murid pada hujung tahun untuk dimasukkan ke dalam fail Laporan Adab Belajar (LAB)
- Semua unit dalam bidang kokurikulum MESTI mematuhi tarikh-tarikh perjumpaan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah disamping perjumpaan tambahan. Penangguhan sesuatu perjumpaan hanya boleh dilakukan dengan izin dan kebenaran Tuan Pengetua.
- Semua jemputan aktiviti luar yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD atau agensi-agensi yang bergabung dengan Kementerian HENDAKLAH disertai. Sebarang penolakan atau tidak menyertai aktiviti tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Tuan Pengetua oleh guru penasihat.
- Semua guru penasihat unit dalam bidang kokurikulum adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mengendali dan memantau semua aktiviti dan penglibatan di semua peringkat yang melibatkan prosedur keselamatan dan kebajikan murid
- Semua penyertaan dan penglibatan dalam sebarang aktiviti kokurikulum di semua peringkat hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua