Perancangan Hal Ehwal Murid 2011
TUGAS-TUGAS KETUA SUB-UNIT DALAM UNIT HEM
1. Menentukan kelicinan perjalanan semua peringkat pengurusan melalui sistem penyelarasan dan penyeliaan yang berkesan serta menjalankan usaha-usaha untuk mempertingkatkan prestasi pengurusan dan pentadbiran dengan merancang dan melaksanakan kaedah yang baik dan sesuai untuk sub-unit.
2. Menjadi AJK Jawatankuasa Induk Hal-Ehwal Murid.
3. Menyediakan laporan dan perancangan strategik bagi sub-unit setiap tahun.
4. Menghadiri mesyuarat, taklimat atau sebarang kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran, jabatan pelajaran, pejabat pelajaran daerah atau badan-badan lain mengenai hal-hal sub –unit masing-masing.
5. Menguruskan dan mengemaskini buku stok sub-unit sekiranya ada.
6. Mengenalpasti dan mencadangkan mana-mana pelajar yang terpilih untuk menghadiri sesuatu kursus / aktiviti seperti yang dikehendaki oleh jabatan pelajaran.
7. Menguruskan penglibatan pelajar dalam sebarang kegiatan di luar sekolah.
8. Menghantar dan menjemput pelajar-pelajar yang terlibat dalam sebarang kursus / aktiviti dan seterusnya menghantar balik ke rumah.
9. Mempastikan kebenaran penjaga pelajar diperolehi sebelum membenarkan pelajar pergi menjalani kegiatan luar / berkursus.
10. Sentiasa bersedia melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.