.: SMK Simpang Bekoh :.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Perancangan HEM

Perancangan HEM

E-mail Print PDF

Perancangan Hal Ehwal Murid 2011

TUGAS-TUGAS KETUA SUB-UNIT DALAM UNIT HEM

1.    Menentukan kelicinan perjalanan semua peringkat pengurusan melalui sistem penyelarasan dan penyeliaan yang berkesan serta menjalankan usaha-usaha untuk mempertingkatkan prestasi pengurusan dan pentadbiran dengan merancang dan melaksanakan kaedah yang baik dan sesuai untuk sub-unit.

2.    Menjadi AJK Jawatankuasa Induk Hal-Ehwal Murid.

3.    Menyediakan laporan dan perancangan strategik bagi sub-unit setiap tahun.

4.    Menghadiri mesyuarat, taklimat atau sebarang kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran, jabatan pelajaran, pejabat pelajaran daerah atau badan-badan lain mengenai hal-hal sub –unit masing-masing.

5.    Menguruskan dan mengemaskini buku stok sub-unit sekiranya ada.

6.    Mengenalpasti dan mencadangkan mana-mana pelajar yang terpilih untuk menghadiri sesuatu kursus / aktiviti seperti yang dikehendaki oleh jabatan pelajaran.

7.    Menguruskan penglibatan pelajar dalam sebarang kegiatan di luar sekolah.

8.    Menghantar dan menjemput pelajar-pelajar yang terlibat dalam sebarang kursus / aktiviti dan seterusnya menghantar balik ke rumah.

9.    Mempastikan kebenaran penjaga pelajar diperolehi sebelum membenarkan pelajar pergi menjalani kegiatan luar / berkursus.  

10.    Sentiasa bersedia melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

Last Updated on Thursday, 17 February 2011 11:54  

Masa Amat Berharga

Pelawat

We have 70 guests online
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1125
mod_vvisit_counterSemalam1720
mod_vvisit_counterMinggu Ini1125
mod_vvisit_counterMinggu Lepas8818
mod_vvisit_counterBulan Ini39265
mod_vvisit_counterBulan Lepas17840
mod_vvisit_counterKeseluruhan168115

IP anda: 54.81.166.196
Hari Ini: 22 Apr 2018

Live Visitor