.: SMK Simpang Bekoh :.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Dasar Ko-Ku

Dasar Ko-Ku

E-mail Print PDF

Dasar Ko-Kurikulum SMKSB

  • Setiap murid MESTI mendaftar satu unit dalam bidang kokurikulum iaitu Kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan.
  • Semua guru dan murid DIWAJIBKAN berada di sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum atau menjalankan tugasan lain pada setiap hari Rabu yang ada perjumpaan kokurikulum.
  • Semua unit dalam bidang kokurikulum DILARANG membuat penggiliran tugas guru penasihat mengikut hari-hari perjumpaan.
  • Semua penyertaan aktiviti luar unit dalam bidang kokurikulum HENDAKLAH di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran  Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah atau agensi-agensi luar yang ada kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Semua unit dalam bidang kokurikulum MESTI terlibat dalam semua aktiviti yang diadakan di peringkat sekolah
  • Semua aktiviti kokurikulum sama ada latihan atau pertandingan peringkat sekolah MESTI dijalankan di luat waktu pengajaran dan pembelajaran.
  • Semua guru penasihat bertanggungjawab mewajibkan murid menggunakan Uniform / T. Shirt semasa Badan Beruniform  atau pakaian sekolah pada sebarang masa perjumpaan kelab / persatuan.
  • Semua guru penasihat atau guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan pelaporan kokurikulum bagi setiap orang murid pada hujung tahun untuk dimasukkan ke dalam fail Laporan Adab Belajar (LAB)
  • Semua unit dalam bidang kokurikulum MESTI mematuhi tarikh-tarikh perjumpaan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah disamping perjumpaan tambahan. Penangguhan sesuatu perjumpaan hanya boleh dilakukan dengan izin dan kebenaran Tuan Pengetua.
  • Semua jemputan aktiviti luar yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD atau agensi-agensi yang bergabung dengan Kementerian HENDAKLAH disertai. Sebarang penolakan atau tidak menyertai aktiviti tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Tuan Pengetua oleh guru penasihat.
  • Semua guru penasihat unit dalam bidang kokurikulum adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mengendali dan memantau semua aktiviti dan penglibatan di semua peringkat yang melibatkan prosedur keselamatan dan kebajikan murid
  • Semua penyertaan dan penglibatan dalam sebarang aktiviti kokurikulum di semua peringkat hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua

 

 

 

 

Last Updated on Monday, 14 June 2010 14:24  

Masa Amat Berharga

Pelawat

We have 13 guests online
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini320
mod_vvisit_counterSemalam779
mod_vvisit_counterMinggu Ini6117
mod_vvisit_counterMinggu Lepas13468
mod_vvisit_counterBulan Ini35439
mod_vvisit_counterBulan Lepas17840
mod_vvisit_counterKeseluruhan164289

IP anda: 54.198.134.104
Hari Ini: 20 Apr 2018

Live Visitor